Monday, December 1, 2008

Taman Negara Kuala Koh


Gambar ambo sebagai kenangan semasa di Taman Negara Kelantan, Kuala Koh.
Gambar kiri tu kira tgh posing kat depan pejabat perhilitan...
yang sebelah kanan tu masa naik "canopy walkaway"...
best jugak naik canopy walkaway tu...gayat pun ada jugak...
maklumla dahla tinggi jauh pulak tu...
tapi seronok sebab pengalaman pertama
ble tgk keindahan alam ciptaan Yang Maha Kaya..
secara dekatnya ambo ble tengok pokok tualang...
besar...

gambar sebelah kiri ni masa bawak peserta2 melalui kawasan hutan yang penuh dengan selut...
dan yang ramai2 tu bergambar kenangan dengan sebahagian peserta2 yang mengikuti program ni...Kem Padu Anak Malaysia Daerah Kuala Krai/Gua Musang...

Salam Kembali

Salam buat semua sahabat
agak lamo jgk ambo tidak meng'update'kn blog ambo nih
banyak program yang ambo kena sertai...
bukan blog je yg ambo tak sempat nak update tapi
kebun serai ambo pun tak sempat nak g tengok...
ambo baru je balik dari Taman Negara Kuala Koh...
dan nak kena masuk lagi sebelum raya ni...

ambo ke Taman Negara kerana ada program perkhemahan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kelantan...
ambo sebagai fasilitator...

Monday, November 10, 2008

3 November 2008

Pagi - Jumpa ngan Ayah Haji (Agrotech) di rumah beliau di Pengkalan Chepa...pasal nak ambik baja yang dijanjikan...baja tahi ayam proses...mengikut Ayah Haji baja tersebut telah dicampur dengan macam2 ramuan campuran...banyak bahan campuran dia tapi ambo tak ingat...

tapi baja ni memang dah diuji dan terbukti....

Tengah Hari - Ambo ke kilang Ayah Haji yang terletak di Pasir Puteh...baja tu ada di kilang

ni dia baja yang ambo ambik dengan Ayah Haji...takde cop...kesemuanya 6 guni...

31 Oktober 2008

Hari ni ambo nak balik KB jap...

tapi sebelum balik ambo nak naik ke bukit jap...

tengok2 serai...

ni la moto yang ambo guna selama projek ambo ni...

bukan moto ambo...ni moto sedara ambo

alahai...siannyer...kekeringan

tak tahu la apa nak jadi...

yang ni plak serai yang dalam polibag...

alhamdulillah nampak ok lagi setakat nih...

Pemandangan

menikmati pemandangan dari atas bukit

30 Oktober 2008

hari ni ambo sempat tengok2 benih yang lebih, saki baki yang dah tanam kat bukit...belek2 serai tu terjumpa la sejenis serangga ke apa ke ambo pun tak tahu...kalu sahabat2 otai2 serai yang tengok makhluk ni minta beri komen ke apa ke...

ambo raso ia sejenis kutu...tapi tak pasti..

29 Oktober 2008

Hari ni ambo sempat jugak pegi ke PuspaTani Jeli dan Pejabat Pertanian Daerah Jeli...jalan2 sambil cari maklumat di sana...