Sunday, October 26, 2008

Serai Polibag

yang ni saje jer...
ambo nak try tanam serai dalam polibag...
boleh ke ? jadi ke ?
tak tahu la...
kito tgk nati mcm mana...
ambo ambik tanah kat bukit...
tempat yang tanam serai tu...

bermula la eksperimen


maka setelah diisi tanah ke dalam polibag tu dapat la 12 beg semuanya...
nati boleh la tanam serai tu...
rasanya kena sambung pagi esok dah...
dah hampir maghrib wooo...
pagi sabtu...keja2 menanam serai dalam polibag pun bermula...
tapi sayang...
sebab nak cepat...nak balik KB jap pagi tu...ambo lupa nak ambik gambar serai polibag...
takpola...nati balik BTA ambo akan ambik gambar serai2 tu...
harap2 menjadi...hehe...
wokey la...ambo raso stakat ni dulu...
adiosss....

24 Oktober 2008


anak-anak buah ambo...
arini diorang tak sekolah...hari jumaat...
apalagi...nak ikut la...
dan sanggup bermain ngan serai2 tu
diorang ada takla sunyi sangat ambo kat bukit tu...sorang2...




24 Oktober 2008

Macam biasa...pagi bila dah sampai je kat kebun apalagi kalu tak ambil gambar serai2 ni dulu....
hari ni genap la seminggu ambo menanam serai...
Alhamdulillah...
cuba tgk...
anak2 serai yang baru dah mula keluar...

banyak jugak benih2 serai tu yang dah keluarkan pucuk2 baru...
dan ada jugak 'kawan' yang nak melawat...

Thursday, October 23, 2008

23 Oktober 2008

Hari ni ambo ada di Kota Bharu...
ada keja yang nak kena selesaikan kat sini...
Insyaallah ptg ni akan balik semula ke BTA...

banyak keja nak kena buat...
pagi tadi sempat jumpa dgn Ayah Haji...
pembekal benih ambo
dia bagi racun ulat...
esok kalu tak ujan ambo nak gi meracun serai-serai ambo tu...

apa-apa pun dalam seminggu dua ni memang banyak yang ambo kena buat dengan serai-serai tu...
membaja pun belum lagi...

wokey la dulu...
ambo kena beradu dulu...

jupo lagi...salam perpaduan...salam pertanian...

sajer-sajerr


bergambo skit...bersama seikat serai...


ni 'anak buah' ambo...
nak ikut ambo naik ke bukit...nak menanam katanya...
tapi banyak main-main plak...
biasala budak-budak...

21 Oktober 2008

Pagi…
Seawal jam 5 pagi hujan dah turun…ambo dah fikir macam mana nak naik bukit…jalan memang sah licin…nampak gayanya kena menapak lagi…tinggal motor kat bawah…

Dalam pukul 7 hujan dah berhenti…jadi ble naik…siap sarapan dalam 7.30 ambo pun naik..
Hari ni ramai yang membantu…ada 5 orang yang turut membantu ambo menanam…orang kampong ni jugak sedara2 ambo jugak…diorang tak pegi menoreh…hujan…jadi dapatlah tolong ambo…

Petang...
mcm biasa...sambung kerja-kerja menanam yang belum habis lagi...
tanam jangan tak tanam...

20 Oktober 2008

Pagi…
Kerja2 menanam diteruskan lagi…

Petang…
Sambung lagi…banyak lagi anak benih

apa-apa pun menanam dulu....

19 Oktober 2008

Sebelah pagi aktiviti menanam tak dijalankan kerana ambo berada di Kota Bharu, Insyaallah sebelah petang ambo akan naik ke tempat menanam..
Setelah beres kerja2 kat Kota Bharu lebih kurang pukul 1 ptg ambo bertolak ke Bukit Tok Ali (BTA)


Sesampainya ambo di BTA cuaca agak mendung berbanding Kota Baru yang ‘kepanasan’…lebih kurang pukul 4 petang, hujan mulai turun agak lebat jugak tapi sekejap sahaja …


Alhamdulillah dengan turunnya hujan, kerja2 menyiram dah tak perlu nak dibuat…
Dalam pukul 5 ambo naik ke bukit…tapi satu cabaran yang perlu dihadapi iaitu jalan yang licin… motor yang ambo guna tak boleh naik sebab jalan yang licin jadi nak tak nak kena tinggal motor kat bawah dan terpaksa jalan kaki…tak jauh 5 – 7 minit je…tapi ble tahan la jugak…kasut tak ble nak pakai jadi ambo berkaki ayam je…



ni jalan yang terpaksa ambo lalui...berbukit dan memang licin...




jalan pun masih basah...hujan kul 4 ptg tadi...
ambo naik dalam kul 5 ptg...


bukit ni takla tinggi sangat...tp ble tahan jugak...
ambo terpaksa berkaki ayam...









dah dekat nak sapa ni...


nilah kaki ambo...berkaki ayam menapak...



Sunday, October 19, 2008

Rehat kejap...


Tuan punya tanah tempat ambo menanam...
berehat sejenak di atas bangsal lama...
penat...

ambo pun nak rehat jugak...
tapi tengok la benih2 ni...

haa...ni serai yang kami tanam pada hari Jumaat..
tapi gambar ni ambo amik pagi sabtu (18 Okt 08)
malam tu hujan...nampak segar la jugak serai2 nih bila kena hujan...

beyehhh...nati ambo cerita lagi...
banyak lagi nak siapkan menanam dulu...

18 Oktober 2008


Alhamdulillah...semalam sempat jugak kami habiskan menanam untuk bukit nih..


tu serai yang kami tanam...di tepi2 lereng teres

ble tahan jugak...

17 Oktober 2008


Ini hilux yang digunakan untuk punggah benih2 serai naik ke bukit dimana tempat nak menanam...skit je tu...tak muat..

Pagi jumaat tu sempat la jugak kami menanam..walau tak banyak...sbb nak kena berhenti awal untuk solat Jumaat plak..

Antara mereka2 yang menolong

16 Oktober 2008

Benih yang dijanjikan mungkin akan sampai dalam pukul 5 ptg ni...
hari ni memang dah tak sempat nak menanam...takpelah...
lagi pun hari ni ambo sempat juga tinjau tempat2 penanaman...



Maklumat terkini dari pembekal mengatakan benih lewat skit sampai...
ambo akan tunggu..



Lebih kurang pukul 8.45 mlm telepon ambo berbunyi...
drebar lori yang nak hantar benih telepon bagitau dia baru je sampai kat Kg Bukit Tok Ali..
dekat dah tu...


ambo tunggu depan rumah...



mulanya kalau lori tu sampai awal ble la jugak bawak terus ke tempat nak menanam tapi lori sampai dah malam...
jadi benih2 tu kena la simpan kat rumah dulu sementara nak tunggu pagi esok



ni lori yang hantar benih tu...












Kena punggah dulu letak kat rumah ambo...

Benih2 yang dah siap punggah turun dari lori...ble tahan jugak semuanya 275 ikat...

Dah mula menanam

Salam...

Alhamdulillah keja2 menanam dah dimulakan pada 17 Okt 2008 (Jumaat)

sebelum tu pada hari khamis sempat juga ambo buat tanda untuk kawasan yang akan digunakan..


gambar ambo sedang tarik tali untuk buat tanda...
salah satu penanda yg dah siap...

Saturday, October 11, 2008





Ladangku...

Gambar ni ambo ambik masa kerja2 membersih kawasan..

Salam bicara...

Salam buat semua....

Alhamdulillah syukur krn dapat jugak ambo teruskan usaha untuk buat blog nih dan jugak buat projek tanaman serai...

'ambo', mungkin jika bukan anak kelate tidak tahu apa itu 'ambo', ia bahasa ganti diri bagi saya. jadi sbg membahasakan diri saya guna ambo....ble deh..

Jadi blog ni sebenarnya ambo buat untuk berkongsi cerita, pengalaman dan juga nak ada dalam networking anda semua...

bagi sahabat2 yang telah lama dalam bidang pertanian terutama serai, ambo juga nak minta pengalaman dan nasihat atau apa2 saja yang boleh membantu meningkatkan industri pertanian.

Insyaallah minggu depan benih2 akan sampai dan proses penanaman akan bermula pada hari khamis (16/10/08)

gambar2 masa meratakan tanah ada la skit nanti ambo postkan

ok beressss...